2023 Tips Pelancongan ke Taiwan (1) ~ Tiket penerbangan, tempahan bilik hotel , Sim Card, WIFI

 

Adakah anda bosan dengan jadual perjalanan yang disediakan oleh agensi pelancongan? Terasa harga pakej pelancongan tempatan sangat mahal? Informasi pelancongan yang terdapat dalam sosial media terlalu banyak sehingga susah dibaca? Jangan risau! Kami melalui blog artikel ini akan berkongsi dengan anda semua maklumat pelancongan di Taiwan dan rekomendasi yang berguna berdasarkan pengalaman pelancongan kami. Dengan itu, kami berharap anda semua dapat menerokai Taiwan dengan gembira dan memiliki kenangan yang indah sekali! 

Pada kebiasaannya, maklumat pelancongan Taiwan mudah didapati dalam Bahasa Cina. Namun demikian, usahlah risau kerana kami telah menyediakan semua maklumat yang berkaitan dalam artikel ini dengan menggunakan bahasa yang anda mudah fahami. Dengan merujuk kepada artikel ini, anda boleh merancang perjalanan anda dari A ke Z termasuk tempahan tiket penerbangan, pengangkutan, penginapan, pembelian tiket kemasukan ke tempat pelancongan dan kedai-kedai makanan yang dijamin Halal. Dengan adanya semua ini, anda dapat menjimat perbelanjaan pelancongan anda di Taiwan di samping boleh merancang satu pelancongan yang istimewa bagi diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan anda. 



Jiufen, New Taipei

Aturan dan Rekomendasi Sebelum Bertolak

1. Tiket Penerbangan

 Atas kemajuan teknologi, kebanyakan kita sebagai pelancong zaman sekarang akan menempah tiket penerbangan melalui laman web syarikat penerbangan atau melalui Third party yang biasa dikenali sebagan laman web perbandingan tiket penerbangan, seperti Cheapair, Trip.com dan Traveloka. Jadi, mesti banyak orang akan bertanya manakah yang paling berjimat? Sebenarnya, memang kita dapat membeli tiket penerbangan yang lebih murah melalui laman web perbandingan. Namun, kadangkala syarikat penerbangan juga akan menganjurkan promosi masing-masing yang terbuka kepada orang ramai. Sepanjang tempoh promosi itu, kita dapat menempah tiket penerbangan yang lebih murah berbanding dengan pembelian melalui Third party. Jadi, kami mencadangkan anda semua memberi perhatian kepada promosi-promosi yang dianjurkan oleh setiap syarikat penerbangan dan luangkan masa untuk membuat kajian serta membandingkan harga antara satu sama lain.

Sekiranya tiada perbezaan yang jauh ketara antara harga yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan dengan harga yang ditawarkan oleh Third party, kami cadangkan anda membeli tiket penerbangan terus daripada syarikat penerbangan. Ini adalah kerana syarikat penerbangan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang masalah yang terwujud kemudian manakala Third party biasanya tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya. Lagipun, kita semua tahu bahawa talian Hotline biasanya susah disambungkan. Begitu juga dengan talian layanan pelanggan (customer service) bagi pihak Third party. Jadi, adalah lebih selamat jikalau kami menempah tiket penerbangan dengan syarikat penerbangan. Walau bagaimanapun, anda boleh juga menempah tiket penerbangan melalui Third party selagi anda yakin bahawa tiada masalah akan terwujud. Sekiranya tidak, adalah lebih terjamin anda membeli terus daripada syarikat penerbangan. 

2. Penginapan
Sama seperti membuat tempahan untuk tiket penerbangan, adalah lebih baik kita membandingkan harga hotel terlebih dahulu di setiap platform untuk mendapatkan harga yang paling murah. Kebanyakan pihak pengurusan penginapan Taiwan akan mempromosikan bilik penginapan mereka ke Agoda, Booking.Com dan Hotel.com. Harga bilik di setiap platform mungkin akan berbeza pada hari yang sama. Jadi, lebih baik merujuk kepada semua platform sebelum anda membuat tempahan. Anda juga boleh menempah terus melalui laman web hotel dan biasanya harga yang ditawarkan oleh hotel berkenaan adalah lebih tinggi. 

Recommendation:

Online Booking:
3. Jadual Perjalanan 
Walaupun negara Taiwan tidak besar, tetapi perkhidmatan pengangkutan di setiap daerah adalah berbeza. Sekiranya anda ingin merancang perjalanan diri sendiri, adalah dinasihatkan untuk meluangkan sedikit masa untuk mengkaji perkhidmatan pengangkutan di kawasan-kawasan berkenaan terlebih dahulu. Ini dapat menjamin anda supaya melancong mengikut bajet dan keperluan diri sendiri. Jika anda ingin menjimat duit, perlulah luangkan sedikit masa untuk merancang perjalanan, mengkaji laluan pengangkutan, penginapan dan juga membuat tempahan Sim Card, bilik penginapan, tiket kemasukan dan sebagainya terlebih dahulu sebelum bertolak. Siapkan apa-apa perkara yang boleh buat sebelum bertolak dapat menyenangkan anda sepanjang pelancongan. 

Di seluruh Taiwan, hanya dua daerah sahaja yang membekalkan perkhidmatan MRT, iaitu Taipei dan Kaohsiung. Di Taipei, perkhidmatan MRT amat mudah didapati. Anda boleh menaiki MRT ke kebanyakan kawasan pelancongan di Taipei dan New Taipei City. Manakala di Kaohsiung, anda juga boleh menaiki MRT ke kawasan pelancongan. Namun demikian, pengambilan bas dan LRT masih diperlukan untuk melawat ke sesetengah kawasan pelancongan yang jauh dari bandar. 

Di luar daerah Taipei dan Kaohsiung, High Speed Rail, kereta api, bas dan teksi adalah diperlukan. Bagi tempat-tempat pelancongan yang lebih jauh dari kawasan bandar, adalah lebih baik anda membeli Day Trip Tour Package untuk menjimatkan masa. Yang penting, pakej seperti ini biasanya tidak mahal dan amat berbaloi. 

Sekiranya anda rasa terlalu menyusahkan, anda juga boleh membayar untuk Limousine Service (Perkhidmatan kereta sewa dengan seorang pemandu pelancong). Di Taiwan, terdapat banyak Limousine Service yang professional di mana pemandu pelancong akan mengatur semua perjalanan, bilik penginapan, tiket kemasukan dan sajian makanan mengikut permintaan anda. Satu perkara yang penting, iaitu anda diingatkan bertanya pemandu pelancong berkenaan sama ada insurans termasuk dalam pakej perkhidmatan kereta sewa yang ditawarkan. 

Recommendation:
Lawatan Sehari Yehliu, Jiufen & Shifen di Taipei (Bertolak dari Ximen/Taipei 101)
Lawatan Sehari ke Taroko Gorge di Hualien (Bertolak dari Taipei)
Lawatan Sehari ke Gaomei Wetland, Rainbow Village & Miyahara dari Taichung

4.Tempahan Kad Perjalanan/ Sim Card/ Wifi

Sekiranya anda ingin merancang pelancongan di Taiwan ikut plan sendiri, terdapat 2 perkara yang amat penting iaitu membeli kad perjalanan(Easy Card) dan Sim Card terlebih dahulu sebelum anda meninggalkan lapangan terbang. Kad perjalanan boleh diguna sebaik sahaja anda meninggalkan lapangan terbang untuk hampir semua pengangkutan awam di Taiwan. Manakala, pakej Sim Card yang khas untuk pelancong asing hanya boleh didapati di dalam lapangan terbang. 

Perkara 1: Membeli kad perjalanan (Easy Card) 
Easy Card merupakan kad yang boleh menyenangkan pelancongan anda. Setiap orang patutnya memiliki Easy Card di Taiwan. Anda boleh menaiki bas, bas penumpang jarak jauh, MRT, MRT Lapangan Terbang, kereta kabel, menyewa U-bike atau menikmati perkhidmatan bas secara percuma dalam jarak jauh kurang daripada 8km di seluruh Taichung dengan adanya Easy Card. Selain itu, kad ini juga boleh diguna untuk pembayaran di semua kedai serbaneka seperti 7-Eleven, Family Mart dan lain lain. Dengan adanya Easy Card, anda dapat membeli barang dengan harga yang lebih murah (berbanding membeli tiket di kaunter). Tambahan pula, anda boleh menjimat masa untuk beratur semasa membeli tiket. Yang paling menyeronokkan adalah anda tidak akan terkumpul banyak syiling yang amat leceh semasa melancong.

Jadi, macam mana kita boleh membeli Easy Card? Harga bagi sekeping Easy Card ialah NTD 100. Anda diingatkan untuk menambah nilai sebelum mengguna Easy Card. NTD 100 yang telah dibayar itu hanya untuk pembelian kad sahaja. Untuk pembelian kad kali pertama, anda boleh menambah nilai sebanyak NTD 300 - 500 dan tambah lagi di kedai serbaneka atau stesen MRT apabila memerlukan. Easy Card adalah lebih baik dibeli melalui online sebelum bertolak dan mengutip terus di lapangan terbang untuk menjimatkan masa.
 

Perkara 2: Membeli Sim Card atau menyewa Pocket WIFI
WIFI adalah amat penting sepanjang pelancongan. Pakej Sim Card yang ditawarkan oleh Biro Pelancongan Taiwan amat menarik sehingga penduduk tempatan terasa iri terhadapnya. Pakej 4G Internet tanpa had limit yang pantas sepanjang masa dan tidak akan menjadi lambat sekiranya membuka hotspot adalah amat murah dan berbaloi.

Pembelian Sim Card
Pakej pembelian Sim Card pelancong dapat dibeli dalam harga antara NTD 300 - 700. Hampir semua syarikat komunikasi menawarkan pakej pembelian Sim Card yang lebih kurang sama dari segi harga dan data perkhidmatan. Jadi, anda tidak perlu terfikir-fikir servis perkhidmatan mana satu yang patut dibeli. Ingat bawa sekali passport anda semasa membeli Sim Card. Sama seperti Easy Card, kami mencadangkan anda menempah Sim Card secara online sebelum bertolak dan mengutip kad tersebut sebaik sahaja tiba di Taiwan supaya dapat mengelakkan banyak prosedur serta menjimat masa. Anda juga boleh menyewa Pocket Wifi sekiranya terdapat banyak alat yang memerlukan data access seperti Ipad dalam kumpulan anda. Sewaan Pocket Wifi akan menjadi lebih murah berbanding pembelian Sim Card individu dalam situasi macam ini. 

**Peringatan: Terdapat 2 terminal di Lapangan Terbang Taoyuan. Sila ambil perhatian dan semak betul-betul terminal ketibaan anda sama ada di Terminal 1 atau Terminal 2 untuk mengelakkan kesilapan. 

Recommendation:



                            Pocket WIFI BUY here (Pick up Taiwan Airport)


Klook.com