2023 Tips pelancongan ke Taiwan (2) ~ Pengangkutan, Penginapan, Muslim Certified Hotel

 

Pengangkutan Lapangan Terbang 

Bas Penumpang Jarak Jauh (Boleh mengguna Easy Card) 


Cara yang paling berjimat dari lapangan terbang ke setiap bandar di Taiwan adalah melalui bas penumpang jarak jauh. Terminal bas terdapat dalam terminal ketibaan Tingkat B1 untuk Terminal 1, dan Tingkat 1 untuk Terminal 2. Tiket bas boleh dibeli secara langsung di kaunter jualan atau melalui online. Anda juga boleh menaiki bas ini dengan menggunakan Easy Card. 


MRT Lapangan Terbang (Boleh mengguna Easy Card) 


Laluan MRT Lapangan Terbang yang menghubungkan Stesen Taipei dan Lapangan Terbang Taoyuan terbahagi kepada laluan biasa (Laluan Biru) dan laluan ekspress (Laluan Ungu). Terdapat 21 stesen MRT yang telah disediakan untuk laluan ini (A1-A21, A1 Stesen MRT Taipei, A12 Stesen MRT Terminal 1 Lapangan Terbang Taoyuan, A13 Stesen MRT Terminal 2 Lapangan Terbang Taoyuan). Laluan biasa (Laluan Biru) biasanya akan berhenti di setiap stesen dan sebab itulah akan mengambil masa lebih lama. Manakala, laluan ekspress (Laluan Ungu) hanya akan berhenti di beberapa stesen utama termasuk Stesen MRT Taipei, Stesen MRT Terminal 1 Lapangan Terbang dan Stesen MRT Terminal 2 Lapangan Terbang. Tambang dari lapangan terbang ke Stesen MRT Taipei ialah NTD 150. 

Arah dari balai ketibaan Terminal 1 ke A12 Stesen MRT: (Sila ambil perhatian: A12 Stesen MRT berada di Tingkat B2 balai pelepasan, balai ketibaan tidak dapat sambung ke Tingkat B2). Setelah tiba di Taiwan dan selepas keluar dari balai ketibaan, jalan ke kiri sampai ke hujung dan belok kiri lagi. Jalan menyusur koridor ke hujung sehingga anda dapat melihat papan penunjuk “MRT Lapangan Terbang Taoyuan” di sebelah kanan. Kemudian, ambil eskalator ke Tingkat B2 (satu tingkat bawah dari medan selera makanan) dan anda dapat melihat A12 Stesen MRT Terminal 1. 

Arah dari balai ketibaan Terminal 2 ke A13 Stesen MRT: Setelah tiba di Taiwan dan selepas keluar dari balai ketibaan, ambil eskalator atau lift ke Tingkat B2 untuk sampai ke A13 Stesen MRT Terminal 2. 



Peringatan: Untuk perjalanan pulang, penumpang boleh menguruskan prosedure daftar masuk penerbangan terlebih dahulu di Stesen MRT Taipei机场捷运站 pada hari pelepasan atau sehingga 180 minit sebelum pelepasan. Masa perkhidmatan untuk kaunter daftar masuk adalah dari pukul 6am hingga 9.30pm setiap hari. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke kaunter perkhidmatan daftar masuk di bandar. 

High Speed Rail


Sekiranya jarak pelancongan anda agak jauh seperti ke Tainan, Chiayi dan Kaohsiung, anda boleh mengambil High Speed Rail untuk menjimatkan masa. Sudah tentu, harganya adalah lebih mahal tetapi masih amat mencadangkan anda pergi merasai sekurang-kurangnya sekali pengalaman menaiki High Speed Rail di Taiwan. Ini merupakan salah satu perkara yang akan dilakukan oleh semua pelancong di Taiwan. Perlu juga diingatkan bahawa biasanya Stesen High Speed Rail hanya terdapat di kawasan yang lebih jauh dari kawasan bandar dan tidak serupa Stesen MRT yang berada di pusat bandar. Jadi, anda perlu mengambil teksi ke destinasi anda selepas keluar dari Stesen High Speed Rail. 

Oleh sebab tidak ada Stesen High Speed Rail di Lapangan Terbang Taoyuan, anda perlu mengambil MRT Lapangan Terbang ke Stesen High Speed Rail Taoyuan yang berdekatan untuk melancong ke destinasi anda. Sekiranya anda merancang untuk membeli tiket perkhidmatan ini, anda boleh membeli tiket jenis tanpa had limit (dalam 2 hari atau 3 hari). Harga tiket jenis ini lebih murah dan membolehkan anda melawat ke banyak tempat pelancongan sekali gus dengan syok (tidak termasuk kawasan timur Taiwan kerana di sana tidak ada perkhidmatan High Speed Rail). 



【Taiwan PASS】3-in-1 version - High Speed Rail + MRT + Taiwan Haoxing Shuttle Bus

Taiwan High Speed Rail Unlimited Rail Pass (2/3/5 Days)

Teksi 

Terdapat perkhidmatan teksi di Gate 12 Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Taoyuan Terminal 1 dan Gate 26 Terminal Ketibaan Terminal 2. Di samping itu, terdapat perkhidmatan perkongsian teksi dari pukul 12am - 6am. Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman web rasmi syarikat lapangan terbang: 

Tempahan Pengangkutan di Lapangan Terbang

Ini merupakan cara yang paling mudah, paling menjimat masa dan paling menyenangkan supaya anda boleh terus sampai ke destinasi anda. Bayarannya akan mahal sedikit jika berseorangan tetapi juga merupakan cara yang paling berjimat sekiranya berkongsi dengan jumlah orang yang banyak. Kebiasaannya, apabila anda hendak menempah perkhidmatan pengangkutan ini, jumlah orang dan bagasi merupakan faktor yang penting untuk menentukan kesesuaian kereta (pilihan kereta biasanya merangkumi 4-seaters atau 8-seaters).

Taoyuan International Airport Transfer Prices to/from Popular Destinations in the City~~ to/from Ximending, Hualien, Cingjing Farm, Leefoo Village, Flying Cow Ranch

Kereta Sewa

Jika anda suka melancong dengan adanya kereta sendiri, anda boleh menyewa kereta dan membawa keluarga atau kawan anda sepanjang pelancongan. Kami merekomendasikan anda mengambil kereta pada hari pertama seketika tiba di Lapangan Terbang Taiwan dan memulangkan kereta pada hari terakhir. Selain dapat menjimat duit, yang paling untung adalah anda dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dengan relaks tanpa kawalan masa. Di samping itu, anda juga boleh melawat ke tempat-tempat yang tidak dapat sampai melalui pengangkutan awam. Namun demikian, perlu diingatkan Taiwan mengaplikasikan Left Side Driving. Jadi, sesiapa yang ingin membawa kereta di Taiwan perlu mencapai umur 20 tahun dan ke atas, memiliki lesen memandu antarabangsa (warga Macau dan Hong Kong dikecualikan) dan memahami semua peraturan menyewa kereta. 

Penginapan

Adakah anda rasa sakit kepala ketika merancang penginapan di Taiwan? Hey rakan-rakan, jom carilah tempat-tempat berhampiran stesen MRT, pasar malam dan kawasan perniagaan. Secara umumnya, terdapat banyak hotel, homestay dan Airbnb di sekitar kawasan-kawasan ini. Berikut adalah sedikit cadangan untuk anda semua. 

Sekiranya anda seorang Muslim, di sini ada beberapa buah Muslim-Friendly Hotel untuk pertimbangan anda. Namun demikian, lokasi hotel-hotel tersebut mungkin tidak berada di kawasan yang merupakan fokus pelancongan. Pada kebiasaannya, hotel akan menyediakan sarapan pagi yang dijamin Halal kepada kumpulan pelancong Muslim. Jadi, jikalau anda menempah bilik atas persendirian, kami menasihatkan anda berhubung dengan pihak hotel terlebih dahulu untuk perkhidmatan yang anda perlukan. Anda juga boleh memilih hotel-hotel yang berdekatan dengan surau kerana terdapat banyak Halal restoran di sekitarnya, senang untuk mencari makanan. Alamat bagi surau di Taiwan adalah seperti berikut: 

Penginapan di Taipei 

Chiang Kai Shek Memorial Hall

Terdapat banyak pilihan penginapan di Taipei sama ada dalam bentuk hotel atau Airbnb yang mudah dijumpai di laman web tempahan penginapan. Jenis penginapan ini melingkungi seluruh Taipei dengan paparan seperti “berdekatan dengan stesen MRT”, “5 minit sampai ke stesen MRT” dan sebagainya untuk menarik perhatian pelancong. Sebenarnya, semua kawasan di Taipei terbina stesen MRT dan senang untuk berjalan-jalan. Sekiranya anda lebih gemar mencari makanan atau membeli belah, kami merekomendasikan anda menginap di sekitar kawasan Ximending atau Xinyi.
 

Ximending, Taipei  

Rainbow road di Ximending, Taipei

Ximending merupakan satu kawasan perniagaan yang maju dan terkenal di Taiwan. Kawasan ini merupakan satu destinasi lawatan yang mesti akan dikunjungi oleh kebanyakan pelancong ke Taiwan. Tempat ini amat berdekatan dengan Stesen MRT Taipei. Lokasi Stesen MRT Taipei amat strategik dan dapat bersambung ke semua tempat pelancongan di Taipei. Tambahan pula, makanan yang sedap pun begitu banyak dan mudah didapati di kawasan ini. Terdapat banyak pilihan hotel atau Airbnb di kawasan Ximending dengan tawaran harga dari murah ke mahal. Berikut adalah beberapa buah hotel yang kami cadangkan sebagai rujukan anda! 

Ximending, Taipei Muslim Certified Hotels

Kawasan Xinyi, Taipei
Taipei 101, Kawasan Xinyi di Taipei

Kawasan Xinyi merupakan pusat komersial di Taipei. Di sini terdapat banyak pusat membeli belah dan merupakan kawasan yang amat disukai oleh mereka yang gemar shopping! Taipei 101, Kedai Eslite dan Xin Guang Shan Yue berada di kawasan ini. Tempat-tempat pelancongan lain yang berdekatan termasuk Dewan Memorial Sun Yat-Sen, Xiang Shan, Pasar Malam Raohe, Pasar Malam Jalan Tonghua, Kawasan Perdagangan Wufenpu, Daerah Timur dan lain-lain. Kebanyakan hotel di kawasan Xinyi ialah hotel bertaraf bintang. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih tinggi, anda juga dicadangkan untuk menginap di sini . 

Beitou, Taipei Muslim Certified Hotels (Hotspring area)

Kawasan Zhongshan Taipei Muslim Certified Hotels

Kawasan Zhongzheng Taipei Muslim Certified Hotels

Kawasan Wenshan

Kawasan Daan

Kawasan Nangang

Kawasan Songshan


禾順欣業商旅 YOUR Hotel
台糖台北會館 Taisugar Hotel Taipei
福華大飯店 The Howard Plaza Hotel
臺北寒舍喜來登大飯店 Sheraton Grand Taipei Hotel
臺北109青旅 109 Hostel Taipei
大地清旅 Horizon Inn
臺北美福大飯店 Grand Mayfull Hotel Taipei
圓山大飯店 Taipei Grand Hotel
晶華酒店 Regent Taipei
臺北松山意舍酒店 amba Taipei Songshan
臺北君品大酒店 Palais De Chine Hotel Taipei
臺北花園大酒店 TAIPEI GARDEN HOTEL

Muslim certified hotels near Taoyuan Airport (Taoyuan City)
捷適商旅有限公司 Just hotel Harga Promo
銀河渡假飯店 Galaxy Resort Hotel Harga Promo
桃花園飯店 Tao Garden Hotel Harga Promo
翰品酒店 Chateau de Chine Hotel Taoyuan Harga Promo
桃園喜來登酒店 Taoyuan Sheraton Hotel Harga Promo
城市商旅航空館 CITY SUITES Taoyuan Gateway Harga Promo

Penginapan di Taichung

Taichung Rainbow Village
Di bandar Taichung, kami mencadangkan anda menginap di sekitar Pasar Malam Fengjia. Pasar malam ini sangat besar, jadi kami merekomendasikan pelancong menginap di luar kawasan Pasar Malam Fengjia dan elakkan memilih tempat penginapan di dalam kawasan pasar malam ini. Ini adalah untuk mengelakkan kebisingan pada waktu malam. Selain itu, kebersihan juga terjamin dan terdapat tempat letak kereta yang lebih luas untuk berhenti (mudah untuk check in/ check out). Hotel-hotel yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Taichung Muslim Certified Hotel

Nantou Muslim Certified Hotel

Penginapan di Tainan

Di Tainan, anda boleh menginap di sekitar kawasan Barat Tengah dan Anping kerana kebanyakan tempat pelancongan dan makanan sedap ada terdapat di kawasan ini, seperti di Jalan Guohua, Jalan Shennong, Menara Chizhan, Anping Castle dan sebagainya.

Tainan Muslim Certified Hotel

Penginapan di Kaohsiung

Di Kaohsiung, anda boleh menginap di hotel yang berdekatan dengan Pasar Malam Liuhe atau di sekitar kawasan membeli belah Sanduo. Kawasan-kawasan ini dekat dengan stesen MRT dan juga banyak terdapat makanan yang sedap. Selain itu, anda dapat melihat banyak orang muda di sekitar kawasan tersebut kerana tempat itu merupakan tempat kegemaran orang muda.

Kaosiung Muslim Certified Hotel

Penginapan di Yilan

Sekiranya anda ingin menikmati kolam air panas, anda boleh memilih tempat penginapan di kawasan Jiaoxi. Hampir semua hotel di Jiaoxi membekalkan bilik dengan adanya kolam air panas individu. Anda boleh menikmati kolam air panas yang selesa di bilik masing-masing selepas seharian keletihan. Jika anda tinggal di sekitar Taman Tangweigou di Jiaoxi, anda tidak usah risau tentang makanan kerana di kawasan tersebut popular dengan makanan-makanan yang sedap. 

Jika anda tidak mahu merendam air panas, anda boleh memilih hotel penginapan di sekitar Pasar Malam Luodong yang juga terkenal dengan makanan. Di samping itu, anda boleh bersiar-siar dengan puas di pasar malam tersebut. 

Yilan Muslim Certified Hotel

Penginapan di Hualien
Hualian Shitiping
Jika anda melancong ke Hualien, anda mesti pergi berjalan-jalan di Pasar Malam Dongdaemun. Jadi, kami mencadangkan anda memilih penginapan di sekitar pasar malam tersebut. Pasar Malam Dongdaemun merupakan pasar malam pelancong yang terbaru di Hualien dan ia telah mengumpulkan semua pasar malam kecil di sekitar kawasan ini. Ini termaksud Pasar Malam Dongdaemun telah mengumpulkan semua makanan yang sedap di satu tempat, jadi anda tidak boleh terlepas peluang untuk mengunjungi tempat pelancongan yang istimewa ini. Pasar malam ini berdekatan dengan stesen MRT, jadi adalah sesuai untuk anda mencari tempat penginapan di sekitar kawasan ini. 

Hualien Muslim Certified Hotel

Aplikasi Paling “WOW” Yang Membantu Anda Sewaktu Melancong 

Google Map

Google Map yang dipasangkan dalam handphone amat berguna di negara Taiwan. Ia merupakan sebahagian yang penting dalam pelancongan anda. Anda boleh menyimpan lokasi tempat-tempat pelancongan, restoran dan hotel yang anda ingin pergi terlebih dahulu dalam Google Map. Selepas itu, baru anda memilih mode (sama ada driving mode, walking mode, public transport dan sebagainya) semasa anda menetapkan navigasi.

Uber

Selain perkhidmatan teksi, Uber juga tersedia di bandar-bandar besar seperti Taipei, Taichung dan Kaohsiung. Namun demikian, tiada perkhidmatan Grab yang disediakan di Taiwan. Uber di Taiwan tidak menerima pembayaran tunai dan hanya menerima pembayaran kad kredit melalui apps. 

Uber Eat/ Food Panda

Sama seperti perkhidmatan Uber, Uber Eat / Food Panda hanya tersedia di bandar-bandar besar. Anda boleh menempah makanan melalui apps mereka dan menikmati makanan di bilik hotel masing-masing. Anda boleh membayar dengan wang tunai sewaktu menerima makanan anda. 

Halal Taiwan

Aplikasi ini amat berguna kepada semua kawan Muslim yang melancong ke Taiwan. Melalui Apps ini, anda boleh mencari tempat-tempat halal di sekitar kawasan yang anda berada termasuk hotel, restoran, masjid dan sebagainya. Apps ini boleh diguna offline dan kini menyokong Bahasa Cina, Inggeris dan Bahasa Indonesia. 

Kesimpulan 

Terlalu banyak informasi dan pengalaman menarik di Taiwan yang kami ingin berkongsi dengan anda semua. Adalah susah untuk berkongsi semuanya dalam satu artikel ini. Jadi, kami akan memaparkan artikel yang seterusnya mengenai makanan Taiwan, restoran, tempat-tempat pelancongan dan sebagainya. Kami mengalu-alukan semua meninggalkan mesej atau bertanya apa-apa yang anda ingin ketahui di Taiwan. Kami berharap semua yang melancong ke Taiwan boleh menikmati perjalanan anda yang selesa dan seronok, banyak menikmati makanan di Taiwan dan mencipta kenangan yang terindah di Taiwan. 

Airport Transfer、Private tour
Whatsapp:+8869096985710
Wechat ID:mrchaitaiwan