Panduan-panduan yang patut tahu sebelum memulakan percutian di Taiwan. Melancong ke Taiwan Bercuti ke Taiwan

Sun Moon Lake, Nantou Taiwan

Berminat untuk melancong ke Taiwan TETAPI have no idea on what to do? Di sinilah panduan-panduan yang patut anda tahu sebelum memulakan percutian anda di Taiwan!

Sama seperti melancong ke negara lain, anda mesti akan mencari informasi melalui Google pasal apa yang terdapat di negara berkenaan, makanan yang sedap, tempat pelancongan yang menarik, apa yang perlu memberi perhatian dan sebagainya sebelum anda bertolak ke negara tersebut. Persediaan-persedian seperti ini adalah penting untuk menjamin kita dapat melancong dengan gembira dan senang hati! 

Di negara Taiwan, terdapat juga beberapa perkara yang mungkin anda tidak ketahui tetapi harus siap bersedia! Jadi, ingatlah membaca artikel ini sebelum bertolak ke Taiwan supaya dapat mengelakkan jenaka-jenaka sepanjang percutian anda dan juga dapat menjamin pelancongan anda adalah JIMAT, LANCAR dan SELAMAT! 



Taipei 101, Bandaraya Taipei

Sebelum Memulakan Pelancongan Anda ke Taiwan

Cuaca dan suhu

Taiwan sering diliputi awan tebal dan sering hujan terutamanya di kawasan persisiran dan kawasan pergunungan. Jadi, para pelancong diingatkan sentiasa membawa payung atau baju hujan. Cuaca di Taiwan adalah tidak menentu dan perubahan cuacanya sangat cepat setiap hari. Walaupun musim panas, para pelancong masih diingatkan sentiasa membawa baju sejuk yang nipis. Sekiranya terdapat lawatan ke tempat-tempat seperti Hehuanshan atau Cingjing, adalah lebih baik membawa baju sejuk yang tebal kerana cuaca di kawasan pergunungan Taiwan lebih sejuk berbanding dengan kawasan dataran rendah dan ada kemungkinan besar akan bersalji waktu musim sejuk atau musim bunga!

Musim panas di Qingtiangang, Taipei

Musim sejuk di Bukit Taiping, Yilan

Musim bunga di Tamsui, Taipei

Unlimited fun pass:

EasyCard (Pengambilan Lapangan Terbang TPE)

Taipei Unlimited Fun Pass

Pas Taipei (Untuk Pelancong Antarabangsa)


Pas Kaohsiung

Visa pelancongan dan sekatan kemasukan: 

Warganegara Malaysia yang memegang passport biasa Malaysia layak melawat Taiwan selama tempoh 30 hari tanpa visa (sambungan tidak dibenarkan). Peruntukan yang berkaitan adalah seperti berikut:
(1) Pasport hendaklah sah sekurang-kurangnya 6 bulan;
(2) Tidak ada rekod buruk di Taiwan;
(3) Memegang tiket pergi dan balik.

Setiap orang yang mengunjungi Taiwan tidak dibenarkan membawa lebih daripada NTD 100,000 atau USD 10,000 (atau mata wang asing yang mempunyai nilai yang sama). Bawaan lain seperti daging, ubat dan produk tanaman juga tertakluk kepada sekatan kemasukan masing-masing. Untuk informasi lanjutan, sila baca maklumat rasmi berikut:

Perkhidmatan pertukaran mata wang di Taiwan

Di manakah tempat yang terbaik untuk menukar mata wang Taiwan (NTD)? Di Taiwan, adalah susah untuk mencari penukar mata wang (Money Changer). Oleh itu, para pelancong dinasihatkan untuk siap menukar mata wang Taiwan sebelum bertolak ke Taiwan. Sekiranya anda tidak kisah terhadap kadar pertukaran mata wang dan ingin bertukar mata wang di Taiwan, terdapat juga bank-bank dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan yang menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang. Namun demikian, pelancong dari Malaysia sila memberi perhatian! Kebanyakan bank di Taiwan TIDAK MENERIMA RINGGIT MALAYSIA, jadi anda dinasihatkan membawa US Dollar atau Singapore Dollar untuk bertukar mata wang di Taiwan. 

Bolehkah kad ATM digunakan di Taiwan? Mesin ATM boleh dijumpai di mana-mana tempat di Taiwan. Selain daripada bank, mesin ATM juga boleh dijumpai di kedai-kedai serbaneka. Sekiranya anda ingin mengeluarkan wang melalui mesin ATM di Taiwan, diingatkan untuk mengaktifkan fungsi pengeluaran wang di luar negara (Overseas Withdrawal) kad ATM anda sebelum anda meninggalkan negara asal.

Kad BigPay AirAsia juga mempunyai fungsi pengeluaran wang di luar negara (Overseas Withdrawal) dengan kadar pertukaran mata wang yang agak bagus. Namun, kad BigPay ini ialah kad debit di mana anda harus menambah nilai ke kad tersebut sebelum mengeluarkan wang.

Mesin ATM di Taiwan juga menerima kad BigPay untuk tujuan mengeluarkan wang! 

Download BigPay app Google Play/App Store  

Referrals code: VURDY4VDLU for RM5.00 free 


Soket plug dan voltan

Voltan di sekitar Taiwan ialah 110V dan kebanyakan produk elektronik sekarang menyokong voltan sebanyak 110V - 220V, jadi para pelancong tidak perlu membawa pengubah voltan (Voltage Converter) ke Taiwan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa semua soket plug di Taiwan adalah jenis 2 rod pipih. Jadi, para pelancong diingatkan membawa Universal Plug Adapter. Sekiranya anda terlupa bawa, anda boleh minta daripada pihak hotel penginapan kerana kebanyakan hotel menyediakan perkhidmatan penyewaan Universal Plug Adapter.

Soket plug 2 rod pipih

Semasa Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan untuk Pemeriksaan Imigresen

Taoyuan Airport, Taipei

Alamat hotel penginapan

Setiap pelancong ke Taiwan dikehendaki mengisi borang kemasukan sebelum pemeriksaan imigresen di kastam. Adalah dinasihatkan untuk siap mengisi borang tersebut waktu penerbangan dalam kapal terbang. Salah satu informasi yang penting ialah alamat hotel penginapan (diingatkan mengisi alamat penuh). Kagagalan mengisi alamat yang betul dan penuh (Contoh: Hanya mengisi “Pasar Malam FengJia” atau “ Kawasan Ximending”) akan menyusahkan pemeriksaan di kastam nanti! 

Pengangkutan lapangan terbang:

Pemindahan Peribadi Lapangan Terbang

Tiket Bas Pergi-balik Lapangan Terbang Taoyuan (TPE) Kuo-Kuang di Taipei

Tiket MRT Lapangan Terbang Taoyuan & Kupon Beli-belah Eksklusif (untuk penduduk bukan Taiwan sahaja)

Pemindahan lapangan terbang Taoyuan ke Taipei

WIFI percuma dalam lapangan terbang

Terdapat WIFI percuma dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan di mana anda boleh menyambung WIFI terus selepas pendaratan. Anda juga boleh membuka Airplane Mode untuk mengelakkan Data Roaming.

SIM Card atau Router boleh ditempah terlebih dahulu atau dibeli terus dalam lapangan terbang. Setiap pembelian memerlukan passport anda untuk urusan pendaftaran. 

Peringatan: SIM Card Taiwan adalah murah dan pantas dengan data 4G dan tanpa had. Pakej pelancongan yang murah ini hanya ditawarkan kepada para pelancong sahaja. Pakej-pakej ini hanya didapati di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan dan tidak dapat dijumpai di tempat lain. Jadi, untuk dapatkan SIM Card yang murah, adalah lebih baik anda membeli satu sebelum meninggalkan lapangan terbang. Sekiranya anda tidak mahu beratur lama untuk membeli SIM Card, anda juga boleh menempah terlebih dahulu  dan mendapatkan SIM Card anda di lapangan terbang nanti. 

Sim card / WIFI:

4G WiFi for Taiwan (TW Airport Pick Up)

4G SIM Card for Taiwan from Chunghwa Telecom (Airport / Chunghwa / Senao Telecom Pick Up)

4G WiFi (MY Airport/Q Sentral Pick Up) for Japan, South Korea & Taiwan


Sepanjang Pelancongan di Taiwan

EasyCard

Easy card limited edition hanya di Taoyuan Airport

EasyCard di Taiwan boleh diguna umum sama ada untuk pengangkutan awam atau pembelian di kedai serbaneka. Setiap EasyCard berharga NTD 100 dan dapat dibeli di banyak tempat seperti kedai serbaneka atau stesen MRT. Tempat-tempat ini juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai. Anda boleh menjimat wang lagi dengan menggunakan EasyCard untuk pengangkutan awam dengan harga yang lebih murah berbanding dengan pembelian token menggunakkan wang! 

EasyCard (TPE Airport Pick Up)

Klook.com 


Perjalanan

Terdapat banyak jalan pegunungan di Taiwan seperti Hualien di kawasan timur dan Nantou di kawasan selatan Taiwan. Sekiranya anda seorang yang mudah mabuk kereta, adalah dinasihatkan sentiasa membawa ubat mabuk anda sepanjang percutian di Taiwan untuk mengelakkan ketidakselesaan. 

Arah pemanduan 

Pemanduan di Taiwan adalah di sebelah kiri manakala kebanyakan negara-negara Asia Tenggara ialah pemanduan sebelah kanan. Oleh sebab itu, sesetengah pelancong dari Asia Tenggara tidak biasa dengan tunjuk arah jalan semasa melintasi jalan raya. Demi keselamatan, adalah dinasihatkan supaya sentiasa melihat kedua-dua belah arah jalan dan berhati-hati semasa melintasi jalan raya. Di samping itu, kebanyakan lampu isyarat yang memberi isyarat kepada pejalan kaki juga merupakan lampu isyarat kepada kenderaan. Jadi, adalah diingatkan untuk sentiasa melihat keadaan jalan sebelum melintasi jalan raya untuk menjamin keselamatan anda.

Mengikut peraturan jalan raya Taiwan, apabila lampu isyarat bertukar hijau, kenderaan harus memberi laluan kepada pejalan kaki. Walau bagaimanapun, kenderaan tidak mungkin sentiasa memberi laluan kepada pejalan kaki sehingga lampu itu bertukar merah. Oleh itu, sentiasa memberi perhatian kepada kenderaan yang datang dan kekal tenang semasa melintasi jalan. 

Jalanraya di Taipei

Tali pinggang keledar kereta

Peraturan jalan raya Taiwan mewajibkan setiap penumpang dalam kereta mengikat tali pinggang keledar sepanjang perjalanan (penumpang depan dan penumpang belakang pun diwajibkan). 

Tong sampah

Kerajaan Taiwan melaksanakan program kitar semula sumber dengan penempatan tong sampah yang berbeza mengikut kategori. Oleh sebab itu, para pelancong ke Taiwan diingatkan membuang sampah ke dalam tong sampah mengikut kategori.  

Di manakah letaknya tong sampah? 

Ramai orang tertanya, kenapa begitu susahnya mencari tong sampah di Taiwan? Ya, memang sangat susah terutamanya di kawasan kediaman penduduk. Ini adalah kerana Taiwan melaksanakan program kitar semula sumber di mana setiap penghuni rumah dikehendaki menunggu lori sampah di tepi jalan untuk menguruskan sampah sarap rumah masing-masing. Pengurangan tong sampah di kawasan kediaman adalah untuk mengelakkan penduduk setempat membuang sampah ke luar. Secara umumnya, tong sampah boleh dijumpai di kawasan seperti pasar malam, shopping mall, pasar raya, tandas dan kedai. 

Penggunaan beg kitar semula

Semua kedai di Taiwan tidak membekalkan beg plastik. Beg tersebut hendak dibeli secara berasingan ataupun anda juga boleh membawa beg kitar semula sendiri semasa membeli barang. 

Kertas tandas

Pembuangan kertas tandas terpakai sama ada ke dalam mangkuk tandas atau ke dalam tong sampah merupakan salah satu perkara yang meragukan para pelancong. Sebenarnya orang Taiwan sudah lama terbiasa membuang kertas tandas ke dalam tong sampah sejak dulu untuk mengelakkan sumbatan tangki tandas. Namun, sejak beberapa tahun belakangan ini, kerajaan Taiwan telah menggalakkan amalan pembuangan kertas tandas terpakai ke dalam mangkuk tandas. Disebabkan tiada amalan yang seragam, jadi ikut sahajalah apa yang ditunjukkan dalam papan notis tandas berkenaan. 

Di manakah dapat mencari tandas? 

Kedai Serbaneka: Tidak semestinya semua kedai serbaneka mempunyai tandas. Para pelancong boleh merujuk kepada papan tanda yang dipamerkan di luar kedai. Sekiranya terdapat logo tandas atas papan tanda, maksudnya kedai berkenaan mempunyai tandas.

Kedai Makanan Segera: McDonald’s & KFC mempunyai tandas sendiri.

Tokong-tokong Cina: Setiap tokong Cina mesti mempunyai tandas masing-masing.

Zon Keutamaan Tempat Duduk / Priority Seat

Zon keutamaan tempat duduk biasanya tersedia dalam pengangkutan awam seperti MRT dan bas, khas untuk golongan wanita hamil, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Sebenarnya, anda juga boleh mengambil tempat duduk tersebut sekiranya tiada orang yang memerlukannya pada masa itu. Anda hanya diingatkan untuk meluangkan tempat duduk berkenaan apabila terdapatnya golongan yang memerlukan dalam pengangkutan awam tersebut.


Diskaun Tiket

Diingatkan membawa bersama passport dan kad pengenalan pelajar anda kerana sesetengah tempat pelancongan memberi harga istimewa kepada golongan kanak-kanak, pelajar dan warga emas. Kadangkala, mereka perlukan anda menunjukkan passport atau kad pengenalan pelajar anda. 

Ticket Tempat Pelancongan di Taiwan terbahagi kepada:
全票 Ticket Harga Penuh
半票 Ticket Separuh Harga (Untuk golongan warga emas, pelajar dan bayi mengikut tempat)

Day tour:
Bersiar-siar di Lokasi Popular Taipei dengan Kereta Peribadi: Jiufen, Pingxi dan Pantai Utara (B. Cina/B. Inggeris/B. Korea/B. Jepun)
 
Taipei: Lawatan Sehari Yehliu Geopark, Jiufen, Shifen dan Golden Waterfall